Monday, February 6, 2012

#japan 13 - earthquakeSS

time exam senang sangat nak mengupdate blog, habis exam terus lupe semua benda yang dah terfikir dulu.

seronok-seronok duduk dekat negara matahari terbit ni, di sebalik kemajuan teknologi penuh di sekeliling, setiap masa terselit perasaan risau kot-kot ada gempa bumi besar nak jadi. lagi-lagi datang musim sejuk ni. orang lain lah yang kate, mase-mase sejuk gini lagi banyak gempa bumi besar-besar nak jadi, ntah ye ntah tak. Wallahualam.

kebelakangan due nih pulak keluar ramalan-ramalan macam-macam pihak cakap ada gempa besar nak jadi lagi. bukan takat besar macam kes fukushima tahun lepas, lagi besar kate mereka. lagi-lagi diorang predict gempa tu akan centered dekat TOKYO. ye tokyo, wilayah yang aku menginap sekarang ini. bukan setakat gempa dekat tokyo je, the legendary Tokai Jishin pon orang dok kate makin dekat nak jadi. bayangkan, orang kata tokyo jishin skala lebih kurang 7~9, tokai jishin plak dlm 8.4M. aku tersepit di tengah-tengah. Kalau Tokai jishin datang, memang confirm tsunami ikut menyusur sekali.

sape-sape yang tak tahu pasal Tokai Jishin tuh, baca yang ni sikit, bagi ada gambaran;

"The Japanese have been preparing for the great Tokai earthquake for over 25 years. Located to the South-west of Tokyo, underlying Suruga Bay, the Tokai segment has ruptured every 110 years, plus or minus 33 years. It is currently 151 years overdue.
Experts have long predicted the Tokai earthquake will be bigger than Japan’s Kobe quake, which killed 6430 people in 1995, and the Kanto quake of 1923 that killed 120,000. Kobe was a magnitude 7.3 quake, Kanto a 7.8; Tokai is predicted to come in at around 8.4. "

jadi siapa yang kata seronok sangat duduk jepun ni? gila kan duduk dekat sini. macam-macam boleh jadi dalam sekelip mata. buatnya bangunan aku tinggal nih runtuh keesokannya sebab gempa besar, doakanlah aku berada dalam golongan yang beriman... InsyaAllah.


Sunday, January 15, 2012

Studying? me not yet

tahu tak perasaan orang yang sepatutnya study untuk exam, tapi hingga ke sudah tidak dapat menghalakan kepala kepada nota lebih dari seminit? oh! apa aku buat depan laptop lagi nih?  baru bukak buku dah give up awal-awal. betapa tiada semangat untuk belajar... parah parah. Exam lusa, persediaan satu habuk pun tak start lagi. gile ape?


i know im going to be like this! but still....

Thursday, January 12, 2012

Jom derma untuk pembinaan masjid

Assalamualaikum rakan-rakan,
sepertimane yang kite sendiri tahu, bila kita menderma untuk pembinaan sesebuah masjid, selagimana masjid itu digunakan, selagi itulah kita akan mendapat share amalan tersebut. Kalau dekat Malaysia dah tak banyak masjid yang memerlukan sumbangan kita untuk didirikan, ape kata kita sumbangkan sedikit harta kita untuk pembinaan masjid di jepun. Yang sudah pasti tidak mendapat sumbangan kerajaan negeri untuk menampung kos pembinaan. 
Selamat beramal :)




Photobucket




Kepada sesiapa yang ingin menginfakkan harta untuk membantu mereka membeli bangunan tersebut,bolehlah masukkan duit ke dalam akaun bank yang tertera di gambar di bawah atau menghubungi orang-orang di bawah. Bagi mereka yang berada di luar Jepun tetapi ingin menderma,anda boleh berurusan dengan wakil Komuniti Muslim Moriaka melalui email [muslimin.morioka@gmail.com]

Tuesday, January 10, 2012

Hargai mereka walaupun sumbangan sekecil zarah :)


Suhuf Ibrahim ada menyebut :
“Orang berakal harus mempunyai 3 waktu yang perlu dimanfaatkannya :-

1.                Waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya
2.                Waktu untuk dia bermuhasabah diri
3.                Waktu untuk dia menikmati kesenangan kesenangan dunia yang halal baginya kerana waktu yang ketiga ini akan membantu perlaksanaan waktu waktu yang lain.





Hargailah perkara perkara kecil dalam hidup anda
Anda mungkin terlupa memberi penghargaan kepada :

1.      Isteri yang bijak mengurus rumah tangga dengan selesa, sehingga emosi anda stabil dan dapat menjalankan kerja dengan baik setiap hari
2.      Isteri yang menjaga penampilan anda, menggosok baju, membasuh pakaian dengan bersih serta menjadi perunding imej anda, sehingga anda kelihatan segak setiap masa
3.      Isteri yang memasak makanan yang segar dan menyihatkan tubuh anda
4.      Anak anak yang sentiasa tersenyum menanti kepulangan anda
5.      Anak anak yang tidak banyak meragam ketika anda berada di rumah
6.      Anak anak yang selalu memahami situasi anda apabila anda terpaksa berkerja lebih masa atau pun di luar kawasan beberapa hari
7.      Ayah ibu yang sentiasa mendoakan anda supaya mendapat kejayaan dalam hidup
8.      Suami yang banyak menenangkan anda ketika mana anda tertekan dengan tugasan yang mendesak dan tidak henti henti
9.      Suami yang membawa anak anak keluar bersiar siar ketika mana anda ingin bersendirian di rumah untuk menyiapkan kerja
10.  Boss yang telah rekomenkan anda sebagai pekerja cemerlang
11.  Rakan rakan yang banyak membantu dalam menyelesaikan masalah kerja anda
12.  Guru guru dan senior anda yang telah menjadi mentor anda sehingga berjaya dan banyak lagi jika dapat anda fikirkan.

Friday, January 6, 2012

new year and snowboarding

salam. first post untuk tahun 2012 nih. so i`m officially 22 now. getting older and older each day. hope this year will bring more happiness and good things to me. Insya Allah.

So, close the 2011 book, and open the new one, and hopefully it`ll be better than before. 3-5th january, masa dah dihabiskan di Nagano untuk bermain salji. Yea, the first ever experienced with the snow, i mean, a lot of snow. Habis sakit-sakit semua sendi tulang badan akibat seronok sangat main snowboard. Nasib baik tak terkehel leher sekali sebab jatuh bergolek-golek atas snow tu. Tapi, tak kesah jatuh banyak mana pun, jatuh atas snow memang seronok. Sebab snow lembut giler!  Sirius tak tipu.

Tapi, bila jatuh bergolek masa tengah berada di kelajuan yang tinggi, memang sakit la.. Pening-pening kepala sampai sebab terhentak. Alhamdulillah semua ok. Selamat sampai kembali ke Tokyo dah pun. Kamera tak bawak, jadi gambar pon tak banyak. Sempat songlap beberapa je gambar nih.

snowman kami!

seronok baring atas salji


habis kereta orang kene tutup ngan salji

gambar time naik gondolla otw naik atas


pondok dan salji

model snowboard

tahun depan, mesti nak kene pergi main snowboard lg! amiin

Thursday, December 29, 2011

winter break

i just finished all the 8 seasons of one tree hill. oh yeah! and currently waiting for the new and the last season that will be aired this january. puas hati dapat habiskan one tree hill, kalau tak, kerja setiap hari dok carik masa nak tengok one tree hill bagi habis. 8 seasons to catch up, kalau siri lain, memang tak tengok dah.

btw, happy winter break to all those who have it, and also, happy study week holiday for those in Malaysia. study weeks = the weeks that you supposed to spend MOST of it to study, not holiday. yea right. siape lah yang nak study sangat dekat rumah kan? :p

Wednesday, December 21, 2011

random jgk lah

Seminggu due ni tengok semua orang pon post tajuk random, nak join sekali jugak lah.

Rasa macam dah berzaman tak update blog. sebuk dengan esaimen yang memang x pernah tak ade. lagi-lagi dah curik balik malaysia seminggu, memang bertambah lah kerje yang bahagian seminggu tak datang dulu. sampai harini pon ade lagi kerja yg tinggal dulu x settle lagi. malas! nanti la buat. mood cuti dah datang, nak datang kelas pon berat semacam je rasa. macam ade gajah himpap atas katil tak nak kasi bangun pergi kelas. Terfikirkan dah hari last kelas nih, paksa la diri jugak pegi kelas. baik betul student ni, haha.

dengar-dengar berita, macam-macam dah jadi ngan rakyat malaysia ni. risau jugak kat kawan2 petronas luar sana tu. kalau ade lah kawan-kawan yang tengok perangai dah jadi pelik semacam tu, baik perati molek sikit. bukan ape, sebelum benda-benda tak patut jadi, kita cegah la dulu. ye dok?

baru je dgr kes tu, tibe-tibe penuh plak dalam timeline sebut pasal pendekar. ingat sapelah yang tiba-tiba muncul mengaku die pendekar ke ape, rupenye kes turun bendera pm.. sampai nak hattuih2 orang, kan dah macam-macam versi hattuih keluar. sampai ke pendekar myspace pon dah buat video. jadi trend plak. tak pasal-pasal jer.

masing-masing ingat masing-masing betul. gitulah jadinye. tengoklah sampai bila orang gelakkan bende tu. erm, patut ke mahasiswa memikirkan hal politik secara serius? maa ne, jibun mk wakaranai. suke hati lah. asal tak melampau