haaa... pernah tak buat? aku dah dua kali kot buat bende nih.. hajat dalam hati nak kasi tumit tuh licin sikit. sebab dah kering-kering dok pijak simen setiap hari.. kaki tak boleh nak tahan sangat dengan simen tuh. tapi setiap kali lepas buat pon mesti mengomel sorang-sorang dalam hati..macam tak de perubahan je kaki tuh..
nasib baik terbace satu artikel nih, kalau tak, agak-agaknye lepas nih ade jugak lagi due tiga kali pergi rendam kaki dalam kolam ikan tuh lagi.
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.
Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”
Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.
Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika

jadi lepas nih, agak-agak nak masukkan kaki dalam kolam ikan tuh, rajin-rajin la pergi beli ikan tuh, ternak banyak-banyak, pastu wat kolam rawatan ikan sendiri kat rumah.. takde la kuman-kuman/virus-virus dari orang asing kene jangkit kat korang kan...