salam semua.. ^_^
ini post pertama selepas ketibaan aku dekat negara matahari terbit nih. adalah dalam 2 minggu lebih dah kot. semuanye sebab tak dapat sambungan internet dekat rumah lagi. oh, aku bakal menggunakan khidmat internet fiber optic. excited kot! hehe
done with the muqadimah. sambung hajat nak cerita tentang pengalaman aku dekat negara orang ni. kita start dalam kapal terbang dulu. dalam flight 6 jam tu, aku duduk dekat seat untuk 2 orang, dan nasib aku agak baik sebab aku dapat seat yang sebelah tingkap, jadi boleh lah aku tengok scene separuh siang separuh malam yang pernah aku dengar je dulu. gambar tak boleh nak upload lagi sebab guna lappy orang. tapi agak tak baik sangat nasib aku sebab yang duduk sebelah aku orang laki jepun. jadi terbatas lah pergerakan aku. tengok kawan-kawan lain seronok boleh borak-borak bersama-sama ngan kawan sebelah, aku pulak dok dengar mp3 je lah sampai habis masa penerbangan tu. nak keluar pergi tandas pon kene tunggu orang jepun tuh keluar dulu, sebab dia asyik tidur je jadi aku tak muat nak lalu keluar depan dia. hu~~
dekat seat die ada skrin yang kita boleh tengok movie/main game/dengar lagu, and cabin attendance dia dah bagi earphone. tapi aku datang dari pedalaman, jadi nak cucuk mana wayar tu pon aku tak tau. nak tanye kawan-kawan yang lain, jauh pulak. last-last, tanyela orang jepun kat sebelah ni, kebetulan die terbangun tidur masa tu. dia terkejut aku tanye dia dalam bahasa jepun sebab dia ingat kitorang ni pergi school trip. dan yang kelakarnya, aku dok cakap jepun ngan dia, dia pulak beria nak speaking ngan aku. semua bende pon die reply dalam bahasa omputeh. sampaikan sakura pon die sebut cherry blossom. aku plak kene fikir dua kali cherry blossom tu apa. aku berie ke die yang berie? haha
hari first sampai jepun pon aku dah merasa sembahyang kat public, dekat pejabat pendaftaran.
dah habis 1st pengalaman aku dekat jepun, nanti ada masa kite sambung lagi. after dah dapat talian internet nanti :)
Review: The Craft Potion
4 days ago

3 yang mengomel:
perghh... ni yang gua tabik spring lapan kali kat lu ni dora.. hahahaha
uhu, mekasih asip, tabik kt ko blk
kikikikikikiki......tak jupe cari tempat cucuk earphone....aku dlu struggle jugak cari, tp jupe je..hehe....n aku duduk sebalah xde org, beeeeessstttttt
Post a Comment