Sunday, June 26, 2011

#jepung3 1st experience masuk highway

dah lepas hampir 3 bulan duduk dekat negara matahari terbit ni, minggu ni buat pertama kalinya aku masuk highway jepun ni naik kereta. semuanya terima kasih kepada senpai akbar sebab sudi nak mempelawa aku sekali untuk pergi ke shimizu di shizuoka (name dah macam shizuka kan??). perjalan mengambil masa dalam 3 jam kot. memang terasa agak jakun jugaklah bila pertama kali experience benda yang baru ni kan...
jadi nak cerita lah sedikit sebanyak benda yang aku terasa macam hebat/pelik/kagum dekat highway mereka ni.

first,
     sepanjang highway die ade macam penghadang yang tinggi kiri kanan. motif die, sebab tak nak kereta yang terbabas melayang ke bawah kot.. kalau tanya dekat senpai, dia kata sebab tak nak kasi orang skodeng. yang tuh memang tak logik... ataupon, mungkin jugak sebab dia nak halang highway tu daripada kene masuk air masa banjir or time datang tsunami kot... yang ni macam boleh kata logik kot.
contoh highway. tgk kiri kanan tu..

second,
     yang ni bukan dalam highway lagi, yang ni sebelum masuk highway punya hasil tangkapan. jepun ni, penuh dengan lampu isyarat. kalau jalan tu lurus, dari kereta kita ni, boleh nampak sampai 5 lampu isyarat sepanjang jalan yang boleh kita nampak tu. memang kalau bawak kereta RX8 tu, baru tekan minyak keluar bunyi cam hebat tu, dah kene tekan break balik. memang potong line. kesian. tapi bila mereka-mereka ni masuk highway, haaa... kita boleh lah nampak kereta-kereta jenis gini press minyak habis-habis. memang cuci mata...
gambar hiasan semata-mata

third,
     bila dah kempunan nak press minyak, masuk highway, semua hajat dilepaskan. ada kereta nih dok ikut line belah kanan(sebab die laju), even kereta kat line tengah takde pon, still maintain kat line kanan. konon laju punye pasal.. kalau kat malaysia, takde hal bende gini,tapi kat sini, lain sikit.
"tengah-tengah seronok memandu di highway yang lurus, tiba-tiba ada petrol car kat belakang semacam mengejar kereta ni. jadi beralih lah kereta ke laluan tengah, petrol car melintas, tingkap mereka terbuka, isyarat perlahankan kenderaan dibuat. siap ade pembesar suara pulak tu. petrol car tu kemudiannya masuk ke laluan tengah, depan kereta tadi, dan dari tingkap kiri diorang, ade tangan terkeluar bagi isyarat suruh berhenti di tepi jalan. nak tak nak, berhenti lah kereta tadi ke tepi jalan. polis tu mintak lesen, and dia cakap, "kalau berhenti kat sini bahaya, takut truck lalu. jadi tolong ikut kami sehingga sampai ke stesen perhentian bas yg berdekatan. harap berikan kerjasama." macam tu sekali mereka letakkan kepercayaan dekat orang. mau kene dekat orang yang nakal sikit, memang cabut orang tu. so bila dah sampai kat perhentian bas, dia keluar, jemput pemandu keluar dan bawak pemandu tadi ke dalam petrol car tadi. kat dalam kereta tu lah proses tegur-menegur, jelas-jelasan, tulis-tulis saman dibuat. kalau kat malaysia lah kan, kat situ kene tahan, kat situ lah kene stop, kat atas but kereta kita jugak diorang tulis surat saman. memang membuka mata. agaknya diorang taknak jatuhkan maruah pemandu tu kot..to omoimasu...

oh, lupe pulak, rupe-rupenye pemandu tadi kene double saman. kesilapan pertama, pandu lebih had laju. yang tu biasa. tapi saman kedua, sebab duduk dekat line kanan lama sangat. yang nih, tak pernah terfikir pulak. rupenye menjadi kesalahan untuk duduk di line kanan sekali lama sangat walaupon kita bawak kereta laju...

fourth,
     kalau kat malaysia, kita ade touch n go dan smart tag. kat sini ade due je, yang biasa, dan etc. (kalau tak silap). etc ni fungsi dia macam smart tag la jugak, tapi kita takyah reload-reload kad, sebab dia akan masuk dekat bil kat kredit kita. macam gini, takde lah kes da masuk line touch n go ke, smart tag ke, tibe kene undur balik sebab kad tak cukup baki. kan malu gitu. :p

fifth,
     dah lupe dah ape yang dah difikirkan sepanjang perjalan tadi. kalau teringat nanti update yang lain. sorry :)

jadi, setakat ini dulu untuk waktu ini. tulis blog sambil-sambil layan maharaja lawak final. btw, sepan and jozan memang terbaik! 30 design tengah menunggu untuk dihasilkan, malam ni memang tak boleh nak tidur awal.
=.=

p/s : panasnya jepun sekarang, macammana lah bila da musim panas nanti. kipas pon takde lagi ni.. 






5 yang mengomel:

.Gory. said...

Style! Haha.

Btw, petrol car. haha. kemas.

unmatched fingers said...

erk, patrol car benanye. silap perkataan plak.haha
typo typo

Muhammad Syakirin Musa said...

huhu kalau x silap
wall tu sound insulating wall kot
utk kurgkan noise pollution disbbkan oleh highway

cmni
http://www.nsc.co.jp/en/product/kind/process/sound_absorption.html

ムハマド アイザト ビン ムハマド イサ said...

nice syak. syabas

unmatched fingers said...

syak ; sokka....huhhu, mekaseh bgtau :)

Post a Comment