Tuesday, January 10, 2012

Hargai mereka walaupun sumbangan sekecil zarah :)


Suhuf Ibrahim ada menyebut :
“Orang berakal harus mempunyai 3 waktu yang perlu dimanfaatkannya :-

1.                Waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya
2.                Waktu untuk dia bermuhasabah diri
3.                Waktu untuk dia menikmati kesenangan kesenangan dunia yang halal baginya kerana waktu yang ketiga ini akan membantu perlaksanaan waktu waktu yang lain.





Hargailah perkara perkara kecil dalam hidup anda
Anda mungkin terlupa memberi penghargaan kepada :

1.      Isteri yang bijak mengurus rumah tangga dengan selesa, sehingga emosi anda stabil dan dapat menjalankan kerja dengan baik setiap hari
2.      Isteri yang menjaga penampilan anda, menggosok baju, membasuh pakaian dengan bersih serta menjadi perunding imej anda, sehingga anda kelihatan segak setiap masa
3.      Isteri yang memasak makanan yang segar dan menyihatkan tubuh anda
4.      Anak anak yang sentiasa tersenyum menanti kepulangan anda
5.      Anak anak yang tidak banyak meragam ketika anda berada di rumah
6.      Anak anak yang selalu memahami situasi anda apabila anda terpaksa berkerja lebih masa atau pun di luar kawasan beberapa hari
7.      Ayah ibu yang sentiasa mendoakan anda supaya mendapat kejayaan dalam hidup
8.      Suami yang banyak menenangkan anda ketika mana anda tertekan dengan tugasan yang mendesak dan tidak henti henti
9.      Suami yang membawa anak anak keluar bersiar siar ketika mana anda ingin bersendirian di rumah untuk menyiapkan kerja
10.  Boss yang telah rekomenkan anda sebagai pekerja cemerlang
11.  Rakan rakan yang banyak membantu dalam menyelesaikan masalah kerja anda
12.  Guru guru dan senior anda yang telah menjadi mentor anda sehingga berjaya dan banyak lagi jika dapat anda fikirkan.

3 yang mengomel:

.Gory. said...

Amboih. Ni tiba tiba cerita pasal isteri ni berdebar juga aku baca. Hehehe

asip محمد said...

aku cari tapi tak jumpa.. kategori kehangatan awek peluk dalam kedinginan malam nombor berapa dora?

idora ilyanee said...

gori ; ko nk berdebar kenapa? ak belom nk kawen lagi. haha
asip ; tuh nanti ko buat list sendiri

Post a Comment